IUD BY AKI TOM OR MOHD MOR IZWAN SULAIMAN

Kaedah Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device – IUD)
Kaedah Alat Instrauterin (IUD)
Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD).
Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat dripada plastik berbentuk `T’ dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.

Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan. Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.
Terdapat dua jenis IUD iaitu:-

1. Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan “T”. Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih.
2. Progestasert Progesterone berbentuk “T” yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.

Bagaimana IUD berfungsi.
Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan.
Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur. Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim.
Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.

Pemasangan alat IUD
Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-
1. Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.

2. Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

3. Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, gunakaedah mencegah kehamilan yang lain.

4. Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-
o Tamat tempoh masa :-
 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
 1 tahun untuk Progestasert Progesterone
o Anda mengandung atau ingin mengandung.
o Anda ingin berhenti memakai IUD.
5. Berjumpa doktor sekiranya anda mendapat tanda-tanda amaran :-

Kesan sampingan
Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan. Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-

• Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah “anemia”.
• Kekejangan masa haid yang menyakitkan.

Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-

• Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin.
• Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.

Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)
Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :-

Jangkitan atau keradangan pelvik.
Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.

Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.
Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku.
Penyingkiran IUD.
Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks.
Keguguran
Sekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran.
Mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy”
Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim “Ectopic Pregnancy” sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.

Tanda-tanda amaran.

Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-

• Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.)
• Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim “ectopic pregnancy infection”
• Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan)
• Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)

Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-

• Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu.
• Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku.
• Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.

Memastikan keberkesanan IUD.
Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD).
Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :-
• Sering memeriksa benang IUD
• IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan.
o 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
o 1 tahun untuk Progestasert Progesterone
• Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.

Kelebihan dan kekurangan IUD.
Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-
• Tidak menghalang hubungan seks.
• Berkesan untuk menghalang kehamilan.
• Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A

Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-
• Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
• Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
• Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
• Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.

Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.
Rujukan
http://www.cfhc.org/html/iuds.htm
Risalah “Contraceptive Methods”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)
Risalah “Towards A Happy Family”, oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)

15 Responses to “IUD BY AKI TOM OR MOHD MOR IZWAN SULAIMAN”

  1. Norazah Ismail Says:

    saya telah memasang IUD sejak anak yg ke 2 berumur 2 tahun dan sekarang anak saya telah berumur 14 tahun…saya ingin membuka Iud tapi takut untuk melakukannya…sepanjang masa pemakaian ini tiada masalah atau kesan sampingan telah alami….apa yang harus saya lakukan…bagaimana untuk saya mengeluarkan IUD tersebut…saya betul2 risau dengan masalah ini.

    • mohdnorizwansulaiman Says:

      berkenaan dengan masalah Puan perlu berjumpa semula dengan Klinik Puan memasang IUD ini.
      pemakaian IUD boleh memberikan kesan sampingan juga jika tidak mendapat pemerhatian dari doktor

  2. Atie Says:

    Salam,

    Saya mempunyai masalah,selepas memasang IUD saya tidak dapat merasa benang IUD dgn pemeriksaan sendiri.Tetapi saya dapat merasakan ada sesuatu di dalam rahim.saya ada juga buat pemeriksaan di klinik tetapi tetap juga tidak nampak benang IUD.Adakah benang IUD msh di dalam rahim dan adakah ia selamat utk sy mengadakan hubungan dgn suami.

    • mohdnorizwansulaiman Says:

      dimana puan memasang IUD itu?
      Puan perlu ke sana kembali jika berasa tidak selesa dengan IUD yang telah dipasang itu.

  3. Atie Says:

    Salam,

    Saya selesa dengan keadaan sekarang,cuma yang saya khuatir kerana saya tidak dapaat merasakan benang IUD dgn pemeriksaan sendiri.Bagaimana saya boleh membuat pemeriksaan kerana klinik yg memasang IUD juga tidak juga nampak benang IUD yg dipasang.Adakah benang IUD masih ada kerana kadang kala saya dapat merasakan sesuatu.

  4. rose Says:

    Saya tidak dapat merasakan benang iud dgn pemeriksaan sendiri. adakah risiko sy mengandung walaupun telah memasang iud. sekiranya mengandung dan adakah bahaya dan menjejaskan janin

  5. nora Says:

    salam..

    Saya puan nora dari penang..saya telah memasang IUD semenjak melahirkan anak saya yg kedua..sampai sekarang anak saya dah..
    masuk 5 tahun…pemasangan IUD saya selama 7 tahun..

    pertanyaan saya disini.. dua tiga hari nie..selepas haid saya terasa..
    seperti tak selesa ditepi servik saya..tapi bukan selalu…sebelum..
    nie..tak ada apapun…apakah nie disebabkan IUD saya..atau sebaliknya..

    Harapnya..boleh beri jawapan..

  6. mimie Says:

    salam,

    saya baru sahaja mengeluarkan IUCD dari rahim saya selepas 2 tahun saya memakainya. persoalan nya boleh kah saya hamil dalam masa terdekat ini ? atau harus menunggu lebih kurang 4 – 6 bulan lagi ? perlukah saya memakan ubat subur jika saya mahu cepat cepat hamil ?

  7. yatisha Says:

    Salam.
    Saya baru memakai IUCD. Maknanya ini period pertama saya selepas memakai IUCD. 1 minggu sebelum saya period, sya sudah merasa sakit perut dan pinggang macam senggugut. Hari pertama period, darah memang sikit sgt..then keluar pun warna coklat2. Hari ke4, baru darah keluar. Itupun tak banyak. Masalahnya, saya mengalami sakit pinggang dan sakit perut seperti waktu saya keguguran dulu. Sakit yg amat sgt. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Saya sampai terfikir nak keluarkan IUCD tu sekiranya sakit seperti ni berlaku setiap kali saya period@ adakah ini hanya symtom mula2 pengunaan IUCD. Boleh kah saya membuka IUCD walaupun baru 1 bulan saya pakai? Saya x sanggup menahan kesakitannya…

    Harap boleh memberi jawapan…..

    • mohdnorizwansulaiman Says:

      merasa apa itu puan. jangan bimbang segera berjumpa dengan doktor puan pasang IUD itu. boleh saya tahu berapa harga IUD yang Puan pasang itu dan dari mana Puan dapatkannya.

  8. MASTIJAH MOSTARI Says:

    Saya telah memasang iucd PD bln7/2013…pd bln 8,9,10,11 saya ada dtg bln…tapi pd bln 12 saya belum dtg bln

    • mohdnorizwansulaiman Says:

      biasanya ada gangguan hormon semasa penggunaan IUD ini akan berlaku kerana perubahan hormon dalam badan kita yang mana akan mempengaruhi tempoh period Puan. Mengikut rakan saya Farid di Terengganu, Puan perlu segera menghubingi doktor yang Puan pasang IUD itu untuk mendapatkan maklumat egra dari pihak klinik atau hospital Puan pasang itu

  9. siti aishah Says:

    aslammualaikum..saya ct dr sbn saya ,saya baru sebulan memasang IUD ingin brtanya pada doc apakah selepas kita memasang iud,kita akan merasa pening,mual dn lesu seprti perempuan mngandung?klau la btul ia akan amik masa brapa lama akan kembali normal seperti biasa doc…saya harap doc akan menjawab soalan saya.TERIMA KASIH

  10. yatisha Says:

    Saya mendapatkan IUD tu dari kementerian pembangunan keluarga. Tak pe la En.Mohd. Saya sudah membuka alat IUD tu. Saya telah berjumpa dengan doctor yang memasang alat itu, dan dia pun menasihatkan saya untuk membuka alat tersebut kerana symptom yang saya hadapi jarang berlaku kepada pemakai IUD yang lain. Berkemungkinan memang badan saya tdk boleh menerima pemasangan alat IUD. Sekrang saya hanya merancang sendiri. Terima Kasih.

Leave a comment