sumber untuk perubahan hidup

Sumber untuk Perubahan Hidup
Pernahkah anda mendapati diri anda berkata, “saya benci hidup ini? Bagaimana seseorang dapat mengalami perubahan hidup yang sebenar? Perubahan yang positif?

Oleh Josh McDowell

-Saya rindu untuk bergembira. Saya ingin menjadi seorang yang gembira dalam dunia ini. Saya juga mengingini hidup yang bermakna. Saya telah mencari jawapan kepada soalan-soalan:

* Siapakah saya?
* Mengapa saya berada di dalam dunia ini?
* Ke mana saya pergi?

Lebih daripada itu, saya rindu untuk bebas. Saya mahu menjadi seorang yang paling bebas di seluruh dunia ini. Kebebasan bagi saya bukanlah membuat sesuatu yang kita mahu lakukan -setiap orang boleh melakukannya. Kebebasan, bagi saya, bermaksud memiliki kuasa untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan. Kebanyakan orang tahu apa yang mereka perlu lakukan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. Jadi saya mula mencari jawapan.
Dimanakah seseorang itu boleh mencari perubahan yang positif?

Nampaknya kebanyakan orang memiliki keagamaan, jadi saya melakukan hal yang ketara dan pergi ke gereja. Saya mesti telah pergi ke gereja yang salah kerana ia akan membuat saya merasa lebih teruk. Saya pergi ke gereja pagi hari, tengahari dan malam, tetapi ia tidak membantu. Saya sangat praktikal, dan bila sesuatu tidak berjalan sesuai dengan yang saya inginkan, saya lemparkan ia. Saya berputus asa dengan agama.

Saya mula berfikir jika martabat adalah jawapannya. Mula menjadi pemimpin, menerima sebahagian dari akibat, memberi diri padanya, dan mula terkenal melakukannya, sangkaan saya. Di universiti saya mengikuti, kepimpinan pelajar dan menggunakan pengaruh seseorang untuk kepentingan diri saya dan membuang pengaruh mereka. Jadi saya mengejar untuk menjadi presiden bagi kelas pelajar baru dan akhirnya saya dipilih. Ia merupakan sesuatu yang besar jika semua orang mengenal saya, membuat keputusan dan menggunakan wang universiti untuk mendapat penceramah yang saya mahu. Ia sesuatu hal yang besar, tetapi ia hilang atau habis seperti yang lain yang telah saya cuba. Saya akan bangun pagi Isnin (biasanya dengan kepada sakit kerana malam sebelumnya) dan dengan sikap saya, “Jadi, disini mulanya lima hari lagi.” Saya bertahan dari hari Isnin hingga Jumaat. Kegembiraan berputar tiga malam seminggu – Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sebuah kitaran yang sama setiap hari, minggu mahupun tahun!
Mencari perubahan hidup, perubahan yang positif

Saya mengesyaki beberapa orang di universiti-universiti dan kolej-kolej di negara ini lebih jujur tentang cuba untuk mencari maksud, kebenaran dan tujuan hidup di banding dengan saya.

Pada masa itu saya perhatikan beberapa orang di dalam kumpulan yang kecil – lapan pelajar dan dua ahli fakulti. Ada sesuatu kelainan tentang hidup mereka. Mereka nampaknya tahu mengapa mereka mempercayai apa yang mereka percaya. Mereka juga nampak tahu ke mana mereka akan pergi.

Ada orang yang saya perhatikan di mana mereka bukan saja berbicara tentang kasih – tetapi mereka terlibat. Mereka nampaknya dapat mengatasi kesulitan-kesulitan hidup di dalam universiti. Sementara orang lain nampaknya tenggelam dalam tekanan, mereka timbul untuk memiliki kepuasan, kedamaian dalam diri mereka menjelaskan kesulitan tidak dapat menenggelamkan mereka. Mereka timbul kerana kekuatan dalaman, memiliki sumber sukacita. Mereka nampaknya sangat gembira. Mereka memilliki apa yang saya tidak miliki.

Seperti kebiasaan sebagai seorang pelajar, jika seseorang ada sesuatu yang saya tidak miliki, saya mahukan itu. Saya membuat keputusan untuk berkawan dengan orang yang menarik minat saya. Dua minggu selepas perbincangan kami semua duduk di meja bulat di pertemuan pelajar – enam pelajar dan dua ahli fakulti. Perbualan bermula berbicara tentang Tuhan.
Bertanya mengenai perubahan hidup, perubahan yang positif

Mereka macam mengganggu saya, akhirnya saya mencari salah seorang daripada pelajar itu, wanita yang nampaknya cantik (saya selalu menjangka orang Kristian kelihatan hodoh); dan saya bersandar di kerusi saya (saya tidak mahu orang lain fikir yang saya berminat) dan saya berkata, “Bagi tahu saya, apakah yang mengubah hidup saya? Mengapa hidup anda amat berbeza dari yang lain di kampus?”

Perempuan muda itu mesti ada banyak hendak diperkatakan. Dia melihat saya terus ke mata saya dan berkata dua patah perkataan yang tidak pernah saya fikirkan yang saya dengar sebahagian daripada penyelesaian di universiti ini: “Yesus Kristus”.

Saya berkata, “Oh, demi Tuhan janganlah memberi saya sampah. Saya sudah berputus asa dengan agama. Saya berputus asa dengan gereja. Saya berputus asa dengan Alkitab. Jangan berikan saya sampah tentang agama.”

Dia membalas, “Hai, saya tidak berbicara tentang agama, saya berbicara tentang Yesus Kristus. Dia tunjukkan pada sesuatu yang belum pernah saya ketahui sebelum ini: Kristian bukanlah agama. Agama adalah di mana manusia cuba untuk berusaha mendapatkan Tuhan dengan melakukan yang baik; Kekristianan berbicara mengenai kehadiran Tuhan kepada lelaki dan perempuan melalui Yesus Kristus untuk menawarkan perhubungan dengan diri-Nya.

Memang ada banyak orang di universiti-universiti yang mempunyai konsep yang salah tentang Kristian daripada tempat lain di dunia ini. Berapa masa yang lalu saya bertemu dengan pembantu pengajar mengatakan di seminar graduan “sesiapa yang berjalan masuk ke gereja akan menjadi Kristian.” Saya menjawab, “Adakah dengan berjalan ke dalam garaj kereta akan menjadikan anda kereta?” Saya diberitahu bahawa Kristian adalah seorang yang jujur percaya pada Kristus.

Bila saya mempertimbangkan kekristianan, kawan-kawan baru saya mencabar kebijaksanaan saya untuk memeriksa hidup Yesus. Saya mendapati tentang Buddha, Muhammad, Konfucius tidak pernah mengaku diri mereka Tuhan, tetapi Yesus ya. Kawan-kawan saya menyuruh saya mencari bukti-bukti tentang ketuhanan Yesus. Mereka yakin yang Yesus adalah Tuhan dalam bentuk manusia yang mati di atas kayu salib untuk dosa manusia, dia telah dikuburkan, dia bangkit pada hari ketiga, dan dia dapat mengubah hidup manusia hari ini.

Saya memikirkan ini adalah sandiwara. Pada hakikatnya, saya fikir semua orang Kristian adalah orang bodoh yang sedang berjalan. Saya berjumpa segelintir daripada mereka. Saya biasa menunggu untuk orang Kristian untuk berbicara dulu di dalam kelas supaya saya dapat menjatuhkan air muka mereka dan memukul profesor mengggunakan tumbukkan. Saya bayangkan jika orang Kristian ada sel otak, sudah pasti ia akan mati kerana kesunyian. Saya tidak tahu apa-apa pun yang baik.

Tetapi orang-orang ini mencabar saya berulang-ulang. Akhirnya, saya menerima cabaran mereka. Saya melakukannya kerana harga diri untuk menyangkal mereka, memikirkan ia tidak ada fakta. Saya andaikan tidak ada bukti seseorang itu dapat dinilai.

Selepas beberapa bulan belajar, fikiran saya mula masuk kepada kesimpulan bahawa Yesus Kristus mesti menjadi seperti yang dia akui. Itu memberi masalah sama sekali. Fikiran saya memberitahu semua ini adalah benar tetapi kehendak saya telah menarik saya kepada arah yang lain.

Saya mula mendapat tahu menjadi seorang Kristian adalah menyangkalkan diri. Yesus Kristus membuat cabaran yang terus kepada kehendak saya untuk mempercayai-Nya. Biarlah saya menjelaskan dengan kata-kata lain yang dia gunakan. “Lihat! Aku berdiri di depan pintu dan Aku mengetuk beberapa kali. Jika sesiapa yang mendengar aku memanggil dia dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam.” (Wahyu 3:20). Saya tidak peduli jika Kristus berjalan di atas air atau menukarkan air menjadi anggur, tetapi saya tidak mahu ada acara besar-besaran. Saya tidak dapat memikirkan cara yang cepat untuk menghabiskan masa yang baik. Jadi inilah yang ada dalam fikiran saya yang berkata “Kristian adalah benar” dan kehendak saya turut serta.

Amat menyedari yang saya bencikan kehidupan saya apabila saya berada bersama-sama dengan orang Kristian yang bersemangat dan ini menimbulkan konflik. Jika anda pernah berada dengan orang yang gembira sedangkan anda merasa sedih, anda akan memahami bagaimana mereka boleh mengganggu anda. Mereka akan merasa sangat gembira dan saya merasa sangat sedih dan kalau diikutkan hati saya mahu berlari keluar dari pertemuan pelajar. Tibalah waktunya saya pergi tidur jam sepuluh malam, dan saya tidak dapat tidur sampailah jam empat pagi. Saya tahu bahawa saya harus tidak memikirkannya sebelum saya menjadi gila! Akhirnya fikiran dan hati saya dihubungkan pada 19 Disember 1959, jam 8:30 malam semasa saya dalam tahun dua di universiti – saya menjadi seorang Kristian.

Pada malam itu saya mendoakan empat perkara untuk membina perhubungan saya dengan Yesus Kristus yang telah mengubah hidup saya. Pertama, saya katakan, “Tuhan Yesus, terima kasih kerana mati di atas kayu salib untuk saya.” Kedua, saya katakan, “Saya mengaku semua ini dalam hidup saya yang tidak menyenangkan Engkau dan Kau mengampuni saya dan menyucikan saya.” Ketiga, saya katakan, “Sekarang ini, dengan cara terbaik saya mahu mengenal Engkau lebih lagi, saya membuka pintu hati saya dan mempercayai Engkau sebagai penyelamat dan Tuhan ku. Ambillah taktha hidup ku. Ubahlah saya dari dalam. Jadikanlah saya seorang peribadi menurut kehendak Mu.” Yang terakhir saya doakan adalah, “Terima kasih kerana masuk ke dalam hidup saya dengan iman.” Itu adalah dasar iman bukan berdasarkan ketidaktahuan tetapi berdasarkan bukti-bukti sejarah dan Firman Tuhan.

Saya percaya anda telah mendengar pelbagai orang yang beragama bercakap tentang pengalaman peribadi tentang mereka. Baik, selepas saya berdoa, tidak ada apa-apa yang berlaku. Maksud saya tidak ada. Dan saya tidak ada sayap yang muncul. Yang benarnya, selepas saya membuat keputusan, saya merasa sangat teruk. Saya merasa mahu muntah. Oh, tidak, fikir saya, apa yang terjadi dengan saya sekarang? Saya benar-benar merasa pergi ke tempat yang paling bawah (dan saya percaya segelintir orang fikirkan saya telah melakukannya).
Tuhan dan perubahan hidup, perubahan yang positif

Tetapi enam bulan untuk masuk ke setengah tahun, saya mendapati yang saya belum lagi pergi ke bahagian akhir. Hidup saya berubah. Saya telah berdebat dengan seorang ketua bahagian sejarah di Midwestern University, dan saya memberitahu bahawa hidup saya telah diubah. Dia menyampuk saya dengan “McDowell, adakah anda cuba memberitahu kami bahawa Tuhan benar-benar telah mengubah hidup anda dalam abad yang ke-20 ini? Bahagian yang mana? Selepas 45 minit dia berkata, “Ok, itu cukup.” Marilah saya beritahu kamu beberapa perkara yang saya beritahu pada dia dan para hadirin pada hari itu.

Satu bahagian yang Tuhan ubahkan ialah ketidaktentuan saya. Saya selalu berfikir banyak. Saya berjalan di kampus dan fikiran saya seperti roda angin yang berpusing dengan konflik yang memantul di seluruh dinding. Saya duduk dan cuba belajar, tetapi tidak dapat. Beberapa bulan selepas saya mengambil keputusan untuk Kristus, minda kedamaian mula timbul. Jangan salah faham. Saya tidak katakan bahawa konflik sudah tidak ada. Apa yang saya dapati dalam perhubungan dengan Yesus tidak menghilangkan konflik tetapi kemampuan untuk menghadapinya. Saya tidak mengadaikannya dengan apa-apa pun di dunia ini.

Bahagian yang lain yang mula berubah adalah sikap panas baran saya. Saya selalu naik angin jika seseorang hanya melihat saya dengan jelingan mata. Saya masih ada bekas-bekas dari kenangan hampir membunuh seorang pemuda tahun pertama di kolej. Panas baran menjadi sebahagian daripada saya yang saya tidak cuba untuk mengubahnya. Panas baran saya telah hilang kuasanya.
Perubahan positive dalam perasaan benci

Ada bahagian lain yang saya tidak banggakan. Tetapi saya akan memberitahunya adalah kerana ramai orang perlu mendapat perubahan yang sama dalam hidup mereka, dan saya telah temui jalan penyelesaian untuk berubah: iaitu hubungan dengan Yesus Kristus. Ia adalah bahagian kebencian. Saya mempunyai banyak kebencian dalam hidup saya. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dinyatakan secara luaran, tetapi adalah jenis pengisaran dalaman. Saya marah dengan orang, dengan barang, dengan isu.

Tetapi saya membenci seorang lelaki lebih daripada orang lain di dalam dunia ini: bapa saya. Saya benci gaya dia. Bagi saya dia adalah kaki mabuk di bandar. Semua orang tahu bapa saya adalah pemabuk. Kawan-kawan saya akan memperlikan tentang bapa saya berjalan terumbang-ambing di seluruh bandar. Mereka tidak tahu hal ini mengganggu saya. Saya seperti orang lain – ketawa secara luaran. Tetapi marilah saya memberitahu anda, yang saya menangis di dalam. Ada satu masa di mana saya telah pergi keluar bangsal dan melihat emak saya dipukul dengan teruk sehingga dia tidak dapat bangun, berbaring di atas baja belakang kerbau-kerbau. Bila kami ada kawan yang datang, saya akan membawa bapa saya keluar, ikatkan dia di bangsal dan letakkan kereta di tempat menyimpan gandum. Kami akan memberitahu kawan kami yang bapa kami telah pergi ke tempat lain. Saya tidak dapat fikirkan orang lain yang lebih membencikan orang lain lebih daripada saya yang membenci bapa saya sendiri.

Selepas saya membuat keputusan untuk Kristus, Dia masuk ke dalam hidup saya dan kasih-Nya sangat kuat hingga Dia mengambil kebencian dan menterbalikkannya atas ke bawah. Saya dapat melihat bapa saya dengan berhadapan dengan jujur di matanya dan berkata, “Bapa, saya mengasihimu”. Dan saya betul-betul bermaksud demikian. Selepas beberapa perkara yang telah saya lakukan, hal ini telah mengejutkan dia.

Bila saya berpindah ke universiti swasta, saya telah terlibat dalam sebuah kemalangan kereta yang serius. Dengan tengkuk saya yang patah, saya dibawa balik ke rumah. Saya tidak dapat lupakan bagaimana bapa saya pergi ke bilik saya. Dia bertanya kepada saya, “Anakku, bagaimana kamu boleh mengasihi bapa seperti saya?” Saya berkata, “Bapa, enam bulan yang lalu saya memandang rendah terhadap kamu.” Selepas itu saya mengongsikan kepada bapa saya yang akhirnya saya telah mengenal Kristus: “Ayah, saya benarkan Yesus masuk ke dalam hidup saya. Saya tidak dapat penjelasannya sepenuhnya, tetapi hasil daripada perhubungan itu saya telah menjumpai kemampuan untuk mengasihi dan menerima bukan diri saya sahaja, bukan bapa sahaja, tetapi juga orang lain seadanya mereka.”

Empat puluh lima minit kemudian satu perkara terbesar yang terjadi. Seseorang dari keluarga saya sendiri, seseorang yang sangat mengenal saya yang saya tidak dapat tarik pun benang di matanya, berkata kepada saya, “Anakku, jika Tuhan boleh lakukan dalam hidup saya apa yang saya telah lihat Dia lakukan dalam hidup kamu, jadi saya ingin memberi dia kesempatan ini.” Pada masa itu bapa saya berdoa bersama saya dan percayakan Kristus untuk mengampuni dosa dia.

Selalunya perubahan mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan, ada yang setahun. Kehidupan bapa saya telah berubah di depan mata saya. Ia adalah seperti ada orang yang turun ke bawah dan membuka lampu. Saya tidak pernah melihat perubahan yang menandak sebelum ini atau sekarang. Bapa saya menyentuh arak hanya sekali selepas itu. Dia hanya minum sedikit dan di situ sahaja. Saya telah masuk kepada kesimpulannya. Hubungan dengan Yesus Kristus mengubah hidup.
Hidup berubah, perubahan yang positif

Anda boleh ketawa pada kekristianan. Anda boleh memaki dan mengelikkan hati. Tetapi Ia bekerja. Ia boleh mengubah hidup. Jika anda percaya Kristus, mula memerhatikan sikap anda dan tindakan anda kerana Yesus Kristus dalam urusan-Nya mengubah hidup.

Tetapi kekristianan bukanlah sesuatu yang dipaksakan. Semua yang dapat saya lakukan adalah memberitahu anda apa yang telah saya pelajari. Selepas semuanya itu, ia adalah keputusan anda.

Mungkin doa yang saya doakan dapat membantu anda: “Tuhan Yesus, saya perlukan kamu. Terima kasih kerana mati di atas kayu salib untuk saya. Ampunilah saya dan sucikan saya. Mula daripada sekarang saya percaya Engkau sebagai penyelamat dan Tuhan. Jadikanlah saya seorang peribadi menurut kehendak-Mu. Dalam nama Kristus. Amen.

One Response to “sumber untuk perubahan hidup”

  1. Rozanah Says:

    Dimana hang dapat info ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: