sistem rangka

SISTEM RANGKA
Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh badan manusia.Rangka yang kuat dapat berfungsi sebagai penyokong dan pelindung kepada organ-organ lain pada tubuh manusia. Tanpa system rangka, kita mungkin tidak mempunyai bentuk seperti sekarang. Kita juga mengkin tidak dapat bergerak kerana kebanyakan otot yang bertindak pada tulang akan menghasilkan pergerakan pada anggota badan.
Dalam tubuh manusia, terdapat sebanyak 206 ketul tulang yang berlainan bentuk dan saiz. Tulang-tulang tersebut boleh dikategorikan mengikut kumpulan bagi membentuk rangka tubuh manusia.

FUNGSI SISTEM RANGKA
Kepentingan system rangka adalah berdasarkan fungsinya iaitu:-
1) Sokongan: – Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh. Contoh: Pelekatan otot-otot rangka pada tulang-tulang rangka.
2) Perlindungan:- Rangka melindungi organ dalaman yang penting seperti saraf tunjang, jantung, otak dan mata. Contoh: Kranium melindungi otak, sangkar rusuk melindungi paru-paru dan jantung.
3) Pergerakan:- Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi. Contoh: Sendi lutut melibatkan fibula tibia dan femur.
4) Pembentukan sel darah:- Sum-sum merah yang terdapat dalam tulang menghasilkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan nutrient ke seluruh badan. Terdapat juga sum-sum di dalam tulang lain yang membentuk sel darah putih.
5) Penstoran mineral:- Tulang rangka merupakan tempat penstoran mineral seperti kalsium dan fosforus.Mineral-mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian-bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan.

Sistem rangka penting dalam menentukan bentuk tubuh badan yang baik. Postur badan yang baik ialah apabila berat badan manusia disokong pada kedudukan yang betul semasa melakukan pergerakan.
Di samping itu, postur yang baik juga dapat mengelakkan kelesuan dan sakit belakang, memperbaiki keyakinan diri serta kesihatan.

KLAFISIKASI TULANG
Tulang-tulang yang membentuk rangka terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Tulang ini boleh diklafisikasikan berdasarkan bentuknya iaitu:-
a) Tulang panjang
b) Tulang leper
c) Tulang tak sama bentuk
d) Tulang pendek
Tulang panjang
Tulang panjang ialah tulang-tulang yang ukurannya panjangnya lebih berbanding ukuran lebarnya. Tulang ini merupakan tuas yang berkesan dalam memudahkan pergerakan. Kebanyakan tulang panjang adalah tulang mampat seperti humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanks.
Tulang Pendek
Tulang pendek lazimnya berbentuk kiub yang ukuran panjang dan ukuran lebarnya tidak begitu banyak perubahan seperti tulang tarsal dan karpal.
Tulang Leper
Tulang leper ialah tulang yang berbentuk pipih dan melengkung. Kebanyakan tulang-tulang ini berfungsi melindungi organ-organ yang lembut seperti ruduk sternum, ileum, scapula dan cranium.
Tulang Tak sama Bentuk
Tulang jenis ini diklafisikasikan kerana tulang-tulang yang tidak boleh dijeniskan dalam tulang panjang atau tulang pendek seperti vertebra dan sphenoid.

JENIS-JENIS SENDI
Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan, sendi yang boleh digerakkan sedikit dan sendi yang boleh bergerak bebas.

Sendi Fiber
Pada sendi fibrous tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan.
Contoh: Sutur antara tulang kranium

Sendi Kartilej
Pada sendi kartilej tulang-tulang kartilej atau diikat oleh ligament .Jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad.
Contoh: Sendi antara vertebra

Sendi Sinovial
Sendi synovial diselaputi oleh membrane synovial yang merembeskan cecair synovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas anatara tulang-tulang.

JENIS-JENIS PERGERAKAN
Terdapat dua posisi rujukan bagi pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat disisi.
Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua tapak tangan menghala ke hadapan. Kedua-dua kaki terbuka menghala ke kanan dan ke kiri.
a) Pergerakan linear
Pergerakan ini ialah pergerakan yang berlaku secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan.

b) Pergerakan putaran
Pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek berputar mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran. Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada bahagian tangan.

c) Pergerakan bersudut
Pergerakan ini merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan yang lain. Antara pergerakan ini ialah fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi dan sirkumduksi.

d) Pergerakan khusus
Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi saja. Antara pergerakan ini ialah inverse, eversi, depresi, elevasi, dorsi-fleksi dan plantar fleksi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: